Jumaat, 29 Jun 2012

Ertinya Cinta Pada Anda


Berbicara soal cinta, adalah salah satu kegemaran bagi aku , mengupas dan merungkai ayat-ayat cinta . Cinta ini sebenarnya luas persepsinya . Cinta kepada Allah , Cinta kepada Rasul , Cinta kepada kedua ibubapa kita dan Cinta sesama makhluk . Cinta itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata . Cinta itu hanya dapat dirasa .



Aku tertarik dengan kata-kata ini :

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...

Mungkin kita semua pernah mendengar dan terbaca ayat ini. Apa yang ingin aku bicarakan disini, adalah cinta sesama makhluk. Cinta ini adalah anugerah Allah dan Cinta ini bukanlah Cinta yang terAgung. Cinta Dunia! hebat ke? Aku rasa tidak.. tidak sama sekali, ianya cuma hebat di mulut penyair Cinta.. hebat di mata penagih Cinta dan hebat di telinga pengemis Cinta..

Tapi inilah Cinta Dunia.. Cinta yang penuh dengan air mata, nafsu dan penyesalan. Membuatkan seorang lelaki jatuh tersungkur kerananya. Membuatkan seorang gadis kehilangan daranya. Membuatkan insan yang bercinta ini, jatuh di lembah neraka. Ini hanyalah Cinta Nafsu semata-mata.

Cinta Dunia ini adalah anugerah dari Allah. Kita hanya perlu menghargai dan menjaga Cinta ini. Jikalau tiada perasaan Cinta di dalam diri manusia, Apakah yang akan terjadi? Kemusnahan, kehancuran, semuanya dikuasi oleh Nafsu. Oleh itu, Allah anugerahkan akal, akal yang berfikir untuk mencintai dan perasaan cinta ini tersimpan di dalam hati.. untuk digunakan bagi menghalang kuasa nafsu.

Itulah cinta bagi pandangan aku. Rasanya, tidak cukup untuk aku jelaskan semuanya disini. Apa yang boleh aku katakan, Cinta itu Ketawa dan Air Mata. Kerana air mata aku pernah gugur kerana Cinta. Dan aku tak mahu lagi keguguran air mata kerana Cinta Dunia.. Sakit.. Sakit sangat.. Cukuplah setakat ini, mengingat tentang Cinta lama membuat dada aku kembali sakit..

Aku . . .

Assalamualaikum . . .

Lama dah tak coret-moret kat diary hati ni . Macam-2 benda yang terjadi . Hm , sedih pulak bila di pikir-2 kan tapi nak buat macam mane . Dekat seminggu dah SINGLE . Hati ni rasa macam sayu , sedih n sakit . Tak sanggup nak lepaskan dia sebenarnya tapi aku kesian kat dia . Aku ni pun bukan lama kat dunia ni . Biarkan je lha dia pergi sekarang dari dia rasa sakit bila pemergian aku . Aku ingat , bila aku lepaskan dia aku akan okey je , tapi sangkaan aku meleset sama sekali . Aku dah macam orang tak terurus dah , semua terabai . Kuliah nyer ke mana , keje nyer ke mana , senang citer aku tak happy dah ! GIVE UP dah nak hidup lama-2 ni . Nak dia balik , tapi pikir balik mampu ke aku nak jaga dia lagi ? Mampu ke nak buat dia happy lagi n still mampu ke nak bergurau senda nan dia ? Hidup aku ni dah macam tak ada hala tuju langsung , tak tau dah nak ke mana . Mummy pesan jangan ingat sangat benda yang dah lepas , ianya tak akan kembali lagi , tapi aku ? Mummy , wan tak boleh jadi kuat balik , wan rasa macam tak ada benda wan boleh buat lagi . Dalam sehari tu ingat dia je , nak pi mana-2 pun still nampak dia . Hmm , kan bagos kalau masa boleh berputar kembali . :'(